Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan di Petaling hingga 9 malam

SHAH ALAM, 18 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Petaling, Selangor mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di seluruh Melaka dan Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar serta Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Manakala Sarawak di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :