Foto Facebook Anak Istimewa Selangor
AGENSISELANGOR

ANIS pelawa mahasiswa khususnya OKU jalani latihan industri, elaun bulanan RM500

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 MAC:  Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) mempelawa mahasiswa pusat pengajian tinggi (IPT) dari pelbagai jurusan untuk menjalani latihan industri di jabatan itu.

Ketuanya Danial Al-Rashid Haron berkata tawaran terbuka kepada semua mahasiswa namun pihaknya mengutamakan permohonan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU).

“Kita buka permohonan sepanjang tahun namun kita hanya mampu untuk ambil antara dua hingga tiga pelajar sahaja untuk jalani latihan industri bersama kita.

“Kita akan bimbing pelajar-pelajar ini dari segi pengurusan dan akan libatkan mereka dalam semua program yang dilaksanakan ANIS,” katanya ketika dihubungi.

Danial berkata ANIS turut menyediakan elaun bulanan berjumlah RM500 kepada pelajar yang mengikuti latihan industri di jabatan itu.

Katanya, pemohon mestilah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas 22 tahun serta sedang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di kolej atau universiti

Mereka yang berminat boleh menghantar permohonan bersama resume, surat rasmi dari institusi pengajian dan sijil-sijil berkaitan menerusi e-mel [email protected] dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5545 3170.


Pengarang :