Pasukan Reapin Bencana Sokongan (Paras) daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor bersiap untuk berangkat ke Johor pada 1 Mac 2023 bagi membantu mangsa banjir di negeri itu. Foto Facebook APM SELANGOR
AGENDANASIONALSELANGOR

APM Selangor hantar pasukan bantu mangsa banjir di Johor

SHAH ALAM, 2 MAC: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor menggerakkan Pasukan Reapin Bencana Sokongan (Paras) bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi agensi itu memaklumkan seramai 14 anggota terdiri daripada seorang pegawai bersama 13 kakitangan lain-lain pangkat telah bergerak ke selatan tanah air semalam.

“Antara aset yang dibawa terdiri dari sebuah lori Man, dua bot aluminium dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kami mendoakan semoga semuanya dipermudahkan buat petugas yang membantu mangsa musibah banjir di sana,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Setakat hari ini, seramai 25,213 mangsa banjir direkodkan di Johor membabitkan 10 daerah dengan Segamat merupakan paling teruk terjejas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut melaporkan beberapa kawasan di Johor dan Pahang dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini.


Pengarang :