ADNSELANGOR

Asah bakat, ADN pelawa belia wanita sertai bengkel sukan kasut roda

PETALING JAYA, 2 MAC : Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku mempelawa belia wanita menyertai aktiviti sukan kasut roda (roller skates) yang bakal dianjurkan pada 4 Mac ini.

Lim Yi Wei berkata program sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac itu diadakan jam 2 hingga 5 petang di Gelanggang Bola Keranjang Taman Aman di sini.

“Bengkel ini dianjurkan bertujuan menepis stigma segelintir pihak yang menganggap sukan ini hanya boleh dimain oleh lelaki sebaliknya jika dilihat ramai wanita juga berkebolehan dalam sukan berkenaan.

“Justeru, mari kita bersama menolak stigma tersebut dengan menyertai bengkel ini kerana kita wanita seorang yang serba boleh,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan wajah baharu  Taman SS 2/32 selepas kerja menaik taraf kawasan itu dilaksanakan tahun lepas di sini hari ini.

Bengkel ‘Girls Jom Skate, Wheel Love, Roller Ratz’ itu terbuka kepada wanita berusia bawah 35 tahun dan individu yang berminat boleh daftar sekarang menerusi pautan https://tinyurl.com/KgTunkuSkate.

“Peserta diminta membawa kasut roda sendiri dan anda tidak perlu bimbang sekiranya terjatuh kerana kita menyediakan pelatih yang profesional dan berpengalaman” katanya.


Pengarang :