Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Januari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bayar, semak bil cukai tanah di aplikasi CEPat

SHAH ALAM, 29 MAC: Perkhidmatan bayaran dan semakan cukai tanah serta petak yang dibilkan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) kini tersedia dalam aplikasi Citizen E-Payment (CEPat).

PTGS memaklumkan rakyat negeri ini boleh mendapatkan bil cukai selain menambahkan akaun cukai tanah dan petak dalam senarai ‘Kegemaran Saya’ bagi memudahkan urusan pembayaran.

“Sistem ini untuk memudahkan rakyat Selangor membuat pembayaran secara digital serta mengesan transaksi yang dilakukan dengan hanya merujuk satu aplikasi berdasarkan nombor akaun atau ID Hak Milik Cukai Tanah atau Petak.

“Pembayaran adalah sekali setahun iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun,” menurut agensi tersebut dalam kenyataan di Facebook.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dalam CEPat, sila nyatakan nama, nombor telefon, lokasi, dan emel ID di talian hotline 1700-81-1418 atau emel di [email protected].

Pada 7 Februari lalu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) memaklumkan akan memperkenalkan modul pembayaran cukai tanah dan petak sebagai fungsi tambahan dalam aplikasi tersebut.

Dilancar pada 1 Ogos 2019, CEPat menawarkan kemudahan permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, kompaun, parkir dan bayaran bil utiliti.

Sehingga kini terdapat 62 perkhidmatan ditawar dalam aplikasi berkenaan meliputi 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tujuh medium pembayaran tersedia untuk pilihan pengguna.

Transaksi tanpa tunai itu boleh dimuat turun melalui PlayStore bagi pengguna Andorid dan AppStore bagi iOS.


Pengarang :