Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (kiri) diiringi oleh Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad memetik petola di kebun komuniti di tapak pertanian komuniti Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Contohi kebun komuniti Surau Al Sobah, hasil tani dinikmati penduduk, bantu asnaf

HULU LANGAT, 4 MAC: Program pertanian komuniti Surau Al Sobah Seksyen 3, Bandar Baru Bangi di sini wajar dicontohi kerana hasil yang diperolehi bukan saja dinikmati penduduk setempat malah turut disumbang kepada golongan asnaf.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memuji inisiatif berkenaan dalam memastikan golongan memerlukan mendapatkan zat makanan yang cukup daripada sayuran.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad diiringi oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Selangor Wan Mohammad Zukarnain Baharudin (kanan) ketika meninjau kebun komuniti Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ia usaha yang bagus daripada kebun komuniti Al Sobah sebab saya jarang jumpa kebun komuniti sebegini. Biasanya ia dibuat untuk (penduduk) setempat tapi ini turut disumbangkan kepada asnaf.

“Sekali kutipan hasil, hampir 120 individu dapat menikmatinya. Maknanya kebun ini memang menghasilkan tanaman dalam kuantiti yang agak besar,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad.

Ditemui selepas melawat kebun berkenaan hari ini, Masdiana berkata projek pertanian berkenaan juga boleh dijadikan sebagai medium pendidikan dan pembelajaran.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad mencuba menangkap ikan di kebun komuniti di tapak pertanian komuniti Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Mungkin boleh diletakkan tanda nama bagi setiap pokok dan boleh bawa anak-anak ke sini untuk mereka mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan sayuran.

“Ia secara tidak langsung mendorong dan menarik minat mereka untuk suka makan sayur apabila mengenali jenis sayuran,” katanya.

Antara sayuran yang ditanam di kebun berkenaan termasuklah kangkung, bayam, ulam raja, pegaga, keladi, limau kasturi, serai, bunga kantan, petola, kucai, pokok pisang dan tebu.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad mencuba mesin tebu di kebun komuniti di tapak pertanian komuniti Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :