Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Dewan orang ramai Kampung Sungai Manggis dinaik taraf, pusat aktiviti penduduk

KUALA LANGAT, 6 MAC: Hasrat penduduk Kampung Sungai Manggis mempunyai dewan serba guna dengan persekitaran selesa tercapai apabila kemudahan yang dibina sekitar 1980-an selesai dinaik taraf.

Ketua Kampung Sungai Manggis Khairul Nizam Jumi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Ketua Kampung Sungai Manggis Khairul Nizam Jumi berkata dewan orang ramai tersebut dinaik taraf dengan kos RM171,000 menggunakan peruntukan luar bandar.

“Selain itu, kawasan sekitar dewan juga diturap melibatkan kos RM40,000 di bawah peruntukan projek Selangor Penyayang.

“Dewan ini tidak pernah dinaik taraf sejak dibina. Apabila dilantik menjadi ketua kampung pada 2012, saya berazam untuk tambah baik. Kini, penduduk boleh anjur aktiviti di dewan ini dan tidak lagi bimbang kawasan sekeliling lecak jika hujan,” katanya.

Beliau ditemui selepas program lawatan ke dewan orang ramai Kampung Sungai Maggis yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan.

Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu, Muhammad Heeza berharap penduduk memanfaatkan dewan tersebut sebagai tempat penganjuran pelbagai program.

“Saya minta penduduk sama-sama menjaga kemudahan disediakan dengan sebaiknya dan memastikannya dalam keadaan elok supaya semua dapat guna.

“Bagi pihak pejabat daerah, saya bersama pegawai akan memastikan penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan dengan baik serta memastikan infrastruktur dibaiki,” katanya.


Pengarang :