ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (kiri) menunjukkan kad interaktif Build My Town di Kafe Creme De La Creme, Damansara Utama pada 11 Mac 2023. Foto SHAMZ JOHAN
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama anjur permainan kad interaktif, tarik minat lebih 40 peserta

OLEH SHAMZ JOHAN

PETALING JAYA, 11 MAC: Lebih 40 peserta menyertai permainan kad interaktif ‘Build My Town’ anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama di sini hari ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program dianjurkan bagi menarik minat golongan muda memahami peranan sebagai penggubal undang-undang.

“Kita mahu anjurkan program yang lebih kreatif, santai dan sesuai dengan golongan muda.

“Melalui program ini, peserta dapat memahami peranan serta proses sebagai ahli parlimen dan Ahli Dewan Negeri dalam pembuatan serta penggubalan undang-undang atau polisi,” katanya ketika ditemui.

Melalui permainan itu, pemain secara tidak langsung akan menjalani proses membuat dan mengundi polisi-polisi, membina projek pembangunan serta kemudahan bagi kawasan mereka.


Pengarang :