Penduduk membuat permohonan SMUE dan SMIS di kaunter pada program Februari lalu di Dewan Serbaguna SS21, Damansara Utama. Foto DUN BANDAR UTAMA
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama buka kaunter SMUE di Dewan Serbaguna SS21 8 Mac ini

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama membuka kaunter permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) pada 8 hingga 10 Mac ini.

Pegawai Penyelarasnya Hanis Mohamad berkata kaunter dibuka bermula jam 11 pagi hingga 4 petang di Dewan Serbaguna SS21, Damansara Utama.

“Kesesakan kerap berlaku di pejabat kami sebab ramai penduduk hadir untuk memohon pelbagai skim ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Oleh sebab itu, kami membuka kaunter di lokasi yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hanis, lebih 2,000 permohonan baharu untuk SMUE diterima dan setakat Februari lebih 3,800 penerima sudah menuntut baucar Jom Shopping.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan syarat had kelayakan pendapatan isi rumah bagi penerima baucar Jom Shopping SMUE ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan mulai tahun ini.

Penerima juga bakal menerima baucar beli-belah RM150 setahun berbanding RM100 tahun lalu serta khairat kematian RM500.


Pengarang :