Kuliah Maghrib khas menjelang 2023 menggantikan sambutan tahun baharu yang disampaikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sekinchan sumbang RM10,000 kepada masjid, surau imarah Ramadan

SHAH ALAM, 3 MAC : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan memperuntuk RM200,000 bagi mengimarahkan pelbagai program sepanjang Ramadan tahun ini.

Wakil rakyatnya Ng Suee Lim berkata daripada jumlah itu lebih RM10,000 akan disumbangkan kepada lima masjid dengan masing-masing menerima RM1,000 dan 11 surau (RM500).

“Sumbangan akan diserahkan dalam masa terdekat menjelang Ramadan bagi meringankan beban pihak rumah ibadat ini untuk membuat aktiviti sepanjang Ramadan,” katanya ketika dihubungi.

Suee Lim berkata program lain turut dianjurkan adalah sumbangan kurma, bubur lambuk kepada orang ramai di Pasar Awam Sekinchan serta bantuan buat fakir miskin dan warga emas.

Sementara itu, Suee Lim yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor turut mempelawa penduduk beragama Islam di kawasan berkenaan untuk memohon baucar beli-belah RM200 sempena Aidilfitri.

“Borang permohonan boleh diambil di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sekinchan dan perlu membawa beberapa dokumen salinan seperti kad pengenalan, slip gaji atau akuan pendapatan.

“Kuota terhad kepada 450 baucar dan setiap keluarga hanya seorang sahaja layak menerima baucar berkenaan. Bantuan ini juga sebagai persiapan untuk mereka dalam menyambut Aidilfitri akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntuk sebanyak RM16.8 juta.


Pengarang :