ADNSELANGOR

DUN Sungai Ramal buka pendaftaran Jom Shopping Aidilfitri hingga 31 Mac

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 MAC: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal yang berpendapatan di bawah RM3,000 dipelawa memohon baucar Jom Shopping RM200 sempena Aidilfitri ini.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata permohonan sehingga 31 Mac itu dibuka kepada penduduk beragama Islam yang sudah berkeluarga dan pengundi di kawasan itu.

“Borang pendaftaran boleh diperolehi di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal atau boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/10WpDenL8cbJbFFtKRKXYp_X7s7SkyHNT/view?usp=drivesdk.

“Pemohon perlu menyertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji serta pasangan sementara ibu tunggal perlu membawa salinan sijil kematian atau perceraian,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Mazwan bagi pasangan yang tiada slip gaji mereka boleh mendapatkan cop pengesahan pendapatan daripada penghulu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, ketua kampung, pengerusi taman perumahan, nazir masjid atau pengerusi surau.

Beliau berkata penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) tidak layak memohon baucar itu.


Pengarang :