Pengurus Pusat Khidmat DUN Sungai Tua Maimon Misman. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Sungai Tua agih baucar beli-belah Aidilfitri pertengahan Ramadan

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 15 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua akan mengagihkan 600 baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri bernilai RM200 kepada penduduk mulai pertengahan Ramadan.

Pengurus Pusat Khidmat DUN Sungai Tua Maimon Misman berkata pihaknya menumpukan kepada keluarga yang belum menerima apa-apa bantuan.

“Kita bekerjasama dengan pimpinan setempat dan dapatkan data sebelum kita tapis kepada keluarga yang benar-benar layak dan belum terima bantuan lain.

“Agihan baucar ini kita rancang untuk jalankan pada pertengahan bulan Ramadan atau dalam tempoh dua minggu sebelum umat islam menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntuk sebanyak RM16.8 juta.


Pengarang :