Penduduk sekitar mengambil peluang membeli barangan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

DUN Sungai Tua, Paya Jaras antara lokasi jualan murah esok

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 MAC: Program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan diteruskan ke sembilan lokasi esok bagi manfaat orang ramai.

Bermula 10 pagi, program itu berlangsung di Pekan Batu 39 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, pekarangan pusat khidmat DUN Permatang dan Flat Selayang Mulia (DUN Taman Templer).

Lokasi lain ialah kedai makan Tok Ramli, Kampung Assam Jawa (DUN Bukit Melawati), Padang Awam Batu Caves (DUN Sungai Tua) dan Kampung Merbok Sempah (DUN Paya Jaras).

Jelajah Ehsan Rakyat turut diadakan di Pangsapuri Meru Ehsan (DUN Meru), pekarangan Masjid Ar Raudah Sungai Kembong (DUN Pelabuhan Klang) dan Restoran Umi, Taman Sri Putra (DUN Morib).

Jualan menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas dan diteruskan tahun ini sehingga Mei.


Pengarang :