Petugas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuat persiapan pada program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Kinrara di Pangsapuri Sri Begonia, Bandar Puteri, Puchong pada 19 Disember 2022.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ehsan PKPS jual bakul Ramadan untuk program infak

SHAH ALAM, 28 MAC: Jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjual bakul Ramadan untuk program infak sempena bulan puasa ini.

Ehsan PKPS memaklumkan terdapat tiga jenis bakul yang masing-masing dijual dengan harga RM50, RM80 dan RM100.

Antara barangan yang disenarai dalam pakej berkenaan ialah beras, minyak masak, tepung, gula, biskut, kicap, sos dan sardin.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi talian hotline 019-316 2400 atau 017-574 7674 (Saad) dan 013-336 7022 (Shida).

Ehsan PKPS memasarkan produk pertanian dan makanan yang dihasilkan agensi itu selain dari pengusaha tempatan khususnya dari Selangor.

Jenama itu didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada September 2021 dan dilancarkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada November 2021.


Pengarang :