Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) Fakru Radzi Ab Ghani ketika ditemui selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) di SACC Mall pada 3 Mac 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Festival Ramadan Selangor disertai 1,000 peniaga, sasar 2.5 juta pengunjung

SHAH ALAM, 3 MAC: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menyasarkan kehadiran 2.5 juta pengunjung ke Festival Ramadan Selangor 2023 (Festira23) mulai 5 Mac hingga 21 April.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fakru Radzi Ab Ghani berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan jumlah pengunjung pada Festira yang dianjurkan sebelum pandemik Covid-19.

“Melihat kepada arah aliran pada suku terakhir 2022, kita nampak ada momentum dalam perniagaan. Saya optimis Festira tahun ini akan semeriah dan serancak sebelum pandemik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Fakru ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) di SACC Mall, di sini.

Beliau berkata, penganjuran Festira23 menerima permintaan tinggi dengan penyertaan kira-kira 1,000 usahawan berbanding 700 pada tahun lalu.

“PREC menyediakan sewaan tapak bermula RM1,000 sehingga RM15,000 bagi tempoh 48 hari sepanjang festival perayaan itu berlangsung,” katanya.

Festira23 dengan tema ‘Festira-Ya!’ bakal berlangsung selama 48 hari bermula 5 Mac sehingga 21 April di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan di SACC Mall.


Pengarang :