Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi berucap dalam perhimpunan bulanan di lobi Menara MPS pada 22 Mac 2023. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

Gagal lunas tunggakan cukai, MPS keluar waran tahanan mulai esok

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 31 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan waran tahanan beserta caj RM100 kepada pemilik harta yang masih gagal membayar tunggakan cukai taksiran mulai esok.

Timbalan Yang Dipertuanya berkata waran tahanan itu dikeluarkan bagi membolehkan harta pemilik terlibat disita selepas tujuh hari daripada tarikh waran diserahkan.

“Sebelum ini MPS telah mengeluarkan notis (Borang E) dengan caj tambahan RM20 kepada pemilik harta yang gagal membayar tunggakan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada 28 Februari lalu.

“Penerima notis (Borang E) ini diberi masa sebulan atau sehingga 31 Mac untuk melunaskan bayaran. Jika masih gagal membayar tindakan waran tahanan akan dikenakan mulai 1 April iaitu esok,” kata Adi Faizal Ahmad Tarmizi dalam ucapan sempena Mesyuarat MPS Bilangan 3/2023 hari ini.

Pada 28 September tahun lalu, Yang Dipertua MPS Dato’ Mohd. Yazid Sairi memberitahu MPS telah menyita harta 2,651 pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh tujuh hari selepas serahan waran tahanan.

Menurutnya pemilik yang mempunyai tunggakan mesti membuat bayaran penuh jika mahu waran tahanan dibatalkan.

 


Pengarang :