Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 16-22 Mac

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 16 hingga 22 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat terus terjaga.

– BERNAMA


Pengarang :