Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Mac

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Mac.

Kementerian Kewasangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat terus terjaga.

– BERNAMA


Pengarang :