EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (duduk, tengah) bergambar bersama peniaga pada majlis penyerahan permit niaga dan peranti ‘cashless’ kepada peniaga bazar Ramadan Hijrah Selangor di Bilik Mesyuarat MTES Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hijrah sedia dua tapak bazar Ramadan, lebih 60 usahawan berniaga

SHAH ALAM, 17 MAC: Buat julung kalinya Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menyediakan tapak bazar Ramadan khusus untuk usahawan bawah naungannya.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata agensi itu menyediakan dua tapak iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen U3 di sini, membabitkan 62 peniaga.

“Pelaksanaan bazar Ramadan Hijrah mendapat kelulusan dan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Seramai 22 peniaga telah berdaftar di tapak bazar Seksyen 7, manakala 40 peniaga lagi di Seksyen U3,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail mencuba kod QR Bayarlah pada majlis penyerahan permit niaga dan peranti ‘cashless’ kepada peniaga bazar Ramadan Hijrah Selangor di Bilik Mesyuarat MTES Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Rodziah menambah Hijrah masih membuka permohonan bazar Ramadan membabitkan 20 lot di tapak Seksyen U3 sehingga 1 Ramadan ini.

Menurutnya peniaga juga hanya dikenakan kadar sewaan serendah RM650 sebulan bagi semua jenis perniagaan dan lokasi lot.

“Saya berharap bazar Ramadan ini menjadi permulaan kepada usahawan yang terlibat, untuk terus mengembangkan perniagaan mereka selepas Ramadan,” katanya.


Pengarang :