AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa enam daerah di Selangor, KL hingga 1 pagi esok

SHAH ALAM, 18 MAC: Enam daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 1 pagi esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Situasi sama juga diramal melibatkan seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala negeri lain antaranya Pahang di Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :