Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, empat daerah di Selangor hingga 8 malam

SHAH ALAM, 22 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 8 malam.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

Keadaan sama dijangka berlaku di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Sberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Kuala Krai)

Manakala Terengganu di Besut, Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Negeri Sembilan (Seremban), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak di Kuching (Bau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Beluru dan Marudi), serta Sabah di Tawau (Tawau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :