Petugas PKPS membuat persiapan untuk program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) DUN Batu Tiga di Seksyen 24 Shah Alam pada 21 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ijok, Meru, Semenyih antara sembilan lokasi jualan murah barangan asas esok

SHAH ALAM, 8 MAC: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah diteruskan ke sembilan lokasi pagi esok

Jualan mulai 10 pagi bertempat di Parit 13 (DUN Sungai Panjang), Kampung Jaya Setia (DUN Ijok), Selayang Height (DUN Taman Templer), Putri Laksamana (DUN Sungai Tua) dan Dewan Taman Permata, Jalan Permata 4 (DUN Hulu Kelang).

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu turut diadakan di Jalan Pandan Indah 10 (DUN Pandan Indah), Pangsapuri Baiduri (DUN Semenyih), dewan serba guna Batu 14, Puchong (DUN Seri Serdang) dan Surau Samsul Alam Jalan Jambu (DUN Meru).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.


Pengarang :