Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih menggunakan kaedah ‘Stone Mastic Asphalt 20’ (SMA20) di Jalan Rawang, Rawang II, Kuala Selangor pada 23 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL
AGENSISELANGOR

Infrasel baik pulih, turap jalan di Klang, Rawang

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 MAC: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan kerja membaik pulih, ‘milling’ dan menurap semula jalan di daerah Klang pada 23 Mac lalu.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan kerja baik pulih membabitkan Jalan Persiaran Sungai Pinang Pandamaran dijalankan selepas menerima aduan di Twitter, @infrasel_kjp.

Agensi itu memaklumkan kerja baik pulih jalan menggunakan kaedah ‘Stone Mastic Asphalt 20’ (SMA20) turut dilakukan di Jalan Rawang, Rawang II, Kuala Selangor pada tarikh sama.

Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih dan menurap jalan di Jalan Persiaran Sungai Pinang Pandamaran, Klang pada 23 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL

“Setakat ini kemajuan kerja sudah mencapai 50 peratus,” katanya menerusi Twitter.

Pada 15 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi projek penurapan melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan kerja penurapan jalan besar-besaran di seluruh negeri dilaksanakan mulai Mac ini demi keselesaan pengguna.

Menurutnya, projek dengan kos RM50 juta menerusi Belanjawan Selangor 2023 membabitkan semua jalan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).


Pengarang :