EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail membuat gimik perasmian kendera saji yang diterima Ramesh G Subramaniam melalui program Hijrah Selangor di Tapak perniagaan HM Cuisine, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Insentif negeri lahir usahawan berdaya saing, ubah nasib peniaga

Kerajaan Selangor menyediakan pelbagai program bagi memacu perniagaan usahawan, khususnya peniaga kecil.

Sepanjang 15 tahun pentadbiran, dana ini berjaya membantu mereka meningkatkan daya saing. Program ini juga bertujuan membasmi kemiskinan.

Wartawan Abdul Rahim Sabri mengumpul jumlah peruntukan dan penerima beberapa program utama.

Pinjaman Hijrah

Ditubuhkan pada 2015, Yayasan Hijrah Selangor menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Pinjaman diberikan dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM100,000 mengikut syarat ditetapkan.

Terdapat tujuh skim Hijrah ditawarkan kepada usahawan iaitu Skim Zero to Hero, Skim Niaga Darul Ehsan (NADI), Skim Pembiayaan Digitalisasi (GO Digital), Skim i-Bisnes, Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim.

Sehingga Mac 2023, seramai 57,738 peserta terlibat dengan dana lebih RM754 juta.

Seramai 34,379 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Jumlah penerima manfaat program ini seperti ditunjukkan dalam carta.

Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

Kerajaan negeri mensasarkan sekurang-kurangnya 100 usahawan mikro setiap tahun di sembilan daerah mendapat manfaat yang diperkenalkan sejak 2015.

Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan ini. Setiap daerah diperuntukkan sebanyak RM250,000 untuk program bantuan DUMS.

Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.

Jumlah penerima manfaat program ini seperti ditunjukkan dalam jadual.

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Individu berpendapatan bawah RM1,500 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 sebulan boleh memohon untuk meningkatkan taraf ekonomi sekali gus keluar daripada kemiskinan.

Melalui Belanjawan Selangor 2023, peruntukan RM2 juta disalur bagi membantu mereka sebagai penjaja, peniaga atau bekerja sendiri di negeri ini.

Pemberian bantuan dalam bentuk peralatan atau mesin perniagaan berdasarkan perusahaan dilaksanakan. Had siling permohonan sebanyak RM10,000.

Jumlah penerima manfaat program ini seperti ditunjukkan dalam jadual.

Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor

Program ini diperkenalkan untuk membantu usahawan India mengembangkan perniagaan. Mereka juga dilatih dalam pengurusan pemasaran dan kewangan.

Antaranya bimbingan perniagaan bersama syarikat peneraju terpilih selama tiga hingga enam bulan bergantung kepada industri yang terpilih.

Mereka juga diberi latihan jualan dan memahami keperluan perniagaan seperti pinjaman, permohonan perlesenan dan pendaftaran syarikat.

Bantuan peralatan kepada peniaga yang memulakan perniagaan sekurang-kurangnya enam bulan ke atas turut diberi dengan nilai maksima RM10,000 setiap permohonan.

Jumlah penerima manfaat program ini seperti ditunjukkan dalam jadual.


Pengarang :