Pegawai polis Arab Saudi meninjau jemaah haji yang tiba untuk melakukan tawaf terakhir di Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi pada 20 Julai 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan

SHAH ALAM, 20 MAC: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) tahun ini.

Pengarah eksekutifnya berkata peruntukan lebih RM400 juta itu diberikan kepada jemaah yang kali pertama menunaikan ibadat tersebut, lapor Astro Awani.

“Kumpulan B40 masih menerima Bantuan Kewangan Haji sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada kos haji yang melibatkan bantuan sekitar RM220 juta.

“Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang,” kata Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun, katanya, jemaah Muassasah T20 yang berpendapatan lebih RM15,000 sebulan akan dikenakan bayaran penuh iaitu RM30,850 seorang.

 


Pengarang :