Pengguna Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah, Melaka mengharungi air yang bertakung akibat hujan ketika tinjauan pada 1 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

JPS: Amaran banjir kilat di Selangor, lima negeri dalam tempoh 12 jam

SHAH ALAM, 2 MAC: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di enam negeri termasuk Selangor hari ini.

Agensi itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 11.15 pagi memaklumkan lima lagi negeri diramal dilanda keadaan sama di Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Di Selangor, enam daerah berisiko dilanda banjir kilat di daerah Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling.

Antara lokasi ialah pekan Pandamaran, Bandar Klang, Pekan Kapar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Pekan Bestari Jaya, Pekan Hicom, Pekan Subang Jaya, Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga dan Shah Alam.

Notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Agensi itu turut meminta penduduk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https:/publicinfobanjir.water. gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter


Pengarang :