Petugas PKPS membuat persiapan untuk jualan Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Batu Tiga di Seksyen 24 Shah Alam.pada 21 Januari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah beras, minyak masak, ayam di sembilan lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 1 MAC: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah diteruskan ke sembilan lokasi pagi ini.

Jualan mulai 10 pagi bertempat di dataran lapang Taman Orkid MPKK Batu 2 Tebuk Pulai (DUN Sabak), pekarangan balai raya RTB 2, Rancangan Tanah Belia 2 (DUN Sungai Panjang), Masjid Darul Ibadah Kampung harmoni (DUN Ijok) dan Surau Al-Firdaus Taman Garing Utama (DUN Rawang)

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu turut diadakan di Selayang Baru (DUN Taman Templer), Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (DUN Sungai Ramal) dan balai raya Cheras Utama (DUN Balakong).

Lokasi lain ialah tapak Surau Bukit Badak, Kampung Teluk Menegon (DUN Sungai Kandis) dan gelanggang badminton bersebelahan perpustakaan desa Kampung Ladang Batu (DUN Tanjung Sepat)

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :