Sebuah keluarga terpaksa meredah banjir untuk melihat keadaan kediaman ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat pada 5 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah mangsa banjir Batu Pahat, Muar dan Tangkak terus meningkat

SHAH ALAM, 8 MAC: Jumlah mangsa banjir tiga daerah di Johor iaitu Batu Pahat, Muar dan Tangkak terus meningkat setakat jam 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata pertambahan itu menjadikan keseluruhan mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 40,141 orang.

Menurut Tan Sri Dr Azmi Rohani jumlah mangsa di Batu Pahat kini seramai 27,774 orang daripada 7,898 keluarga di 91 PPS, lapor Berita Harian.

“Di Muar pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,080 orang daripada 1,227 keluarga di 21 PPS.

“Di Tangkak, jumlah mangsa banjir meningkat menjadi 2,536 orang (780 keluarga) di 23 PPS,” katanya kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata Segamat, Kluang dan Kota Tinggi masing-masing menunjukkan trend menurun.


Pengarang :