Agensi kerajaan membantu penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi, Johor pada 2 Mac 2023. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jumlah mangsa banjir Johor terus meningkat, cecah 37,322 pagi ini

SHAH ALAM, 4 MAC: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,322 setakat jam 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata ia membabitkan penduduk di sembilan daerah dengan 10,793 keluarga dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Azmi Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga berada di 77 PPS, lapor Berita Harian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata jumlah mangsa di Batu Pahat naik kepada 7,368 daripada 2,136 keluarga.

“Ia diikuti Muar 3,300 mangsa, Kota Tinggi pula menurun kepada 3,292 mangsa daripada 882 keluarga di 20 PPS.

“Tangkak pula mempunyai seramai 2,651 mangsa banjir, di Johor Bahru pula jumlah mangsa menurun kepada 699 penduduk daripada 226 keluarga di lima PPS,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :