KDEB Waste Management (KDEBWM) melakukan kerja pembersihan sisa makanan di bazar Ramadan di tujuh pihak berkuasa tempatan setiap hari. Foto KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM: Sisa makanan di bazar Ramadan naik 45 peratus tahun ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Sejumlah 73.67 tan sisa makanan dikutip setiap hari di bazar Ramadan di Selangor berbanding 50.78 tan tahun lalu dengan peningkatan 45 peratus.

Jabatan Media dan Perhubungan Awam KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata sisa berkenaan dikutip di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Peningkatan itu susulan penambahan jumlah petak perniagaan dan peniaga di bazar Ramadan berbanding tahun sebelum ini yang sedikit terhad berikutan impak pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, peningkatan jumlah perniagaan yang ketara dapat dilihat di Majlis Perbandaran Klang dengan 16.5 tan sisa dikutip sehari.

“Bagi bazar di Hulu Selangor, Kuala Selangor, Ampang Jaya, Sabak Bernam dan Petaling Jaya, ia diuruskan sendiri oleh majlis masing-masing,” katanya.


Pengarang :