Kelana United meraikan kejayaan selepas layak ke peringkat separuh akhir Liga Super Wanita anjuran Persatuan Bolasepak Selangor yang dijadual pada 11 Mac 2023. Foto Facebook Persatuan Bolasepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Kelana United, MBSJ FC ke separuh akhir Liga Super Wanita FAS

SHAH ALAM, 6 MAC: Empat pasukan terbaik menempah tempat ke separuh akhir Liga Super Wanita anjuran Persatuan Bolasepak Selangor selepas menewaskan lawan masing-masing pada 4 dan 5 Mac.

Kelana United terlebih dahulu mara dengan kemenangan 2-0 ke atas FC Swat hasil jaringan Nurul Nadia pada minit ke-24 dan Nurin Umairah di Arena MBSJ, Subang Jaya pada 4 Mac.

Lawan mereka di peringkat seterusnya adalah MBSJ FC yang turut selesa menewaskan SSS Leopard 2-0 menerusi gol Lyana Soberi dan Qaseh Rania.

Sementara itu, Henrietta Justine terus mengekalkan persembahan cemerlang ketika membantu UPNM FC menewaskan PJKITA FC 2-1 pada 5 Mac.

Dua gol Henrietta pada minit ke-22 dan 40 memadai untuk memadam kebangkitan lawan yang memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-59 menerusi Atin Surang.

FC Spicegals turut ke separuh akhir menewaskan UiTM Lioness 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 11 Mac di Arena MBSJ, Subang Jaya.


Pengarang :