Petugas Infrasel Sdn Bhd (INfrasel) menjalankan kerja membaiki dan menurap laluan di Jalan Manggis, Sijangkang baru-baru ini. Foto Twitter Infrasel
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerja baiki jalan dilaksana Infrasel di Sijangkang lancar, lepasi jangkaan

SHAH ALAM, 7 MAC: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja membaiki dan menurap semula sebahagian laluan di Jalan Manggis, Sijangkang dekat sini.

Seperti mana kawasan lain, syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan proses dilaksanakan berjalan lancar dan melepasi jangkaan dengan separuh daripadanya sudah disiapkan.

“Sehingga semalam (Ahad) kemajuan kerja mencapai 50 peratus, (ia) lebih awal daripada dijadualkan,” katanya menerusi Twtiter.

Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) bersedia memulakan kerja membaiki dan menurap laluan di Jalan Manggis, Sijangkang. Foto Twitter INFRASEL

Menurutnya, kerja pembaikan tiang lampu di kawasan sama diselesaikan semalam selepas menerima aduan awam.

Sebelum ini, Infrasel menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa kawasan antaranya Hulu Selangor, Kuala Langat, Tanjong Karang dan Bandar Baru Bangi.

Di Hulu Selangor, syarikat itu menerima aduan orang ramai dan menyiapkan kerja turapan di Jalan Genting Highland – Batang Kali pada 11 Januari diikuti Jalan Resak, Kanchong, Kuala Langat pada 16 Januari dalam tempoh 24 jam.

Kerja pembaikan laluan di Jalan Rizab Derahman, Tanjong Karang dilaksanakan Infrasel dalam tempoh sama pada 25 Januari manakala menambak dan meratakan semula tempat parkir awam di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 31 Januari.


Pengarang :