AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerja baiki paip pecah selesai, bekalan air disalur berperingkat

SHAH ALAM, 25 MAC: Kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang siap dilaksanakan pada 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah sistem bekalan distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor akan terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan pelaksanaan kerja berkaitan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam bermula 10 malam semalam.


Pengarang :