AGENSISELANGOR

Kios Ehsan PKPS jual produk jenama Ehsan di Selangor Fruit Valley

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 MAC: Pengunjung Selangor Fruit Valley (SFV) kini berpeluang membeli pelbagai produk keluaran jenama Ehsan pada harga murah bermula Sabtu ini.

Penolong Pengurusnya Norfaizul Hamzah berkata produk tersebut boleh didapati di Kios Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

“Produk yang dijual merupakan barangan kering antaranya kicap, jem, biskut, minyak masak, beras, gula, tepung dan sardin.

“Semua barangan ini ditawarkan lebih murah daripada pasaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya waktu perniagaan Kios Ehsan PKPS sama seperti waktu operasi SFV iaitu 9 pagi hingga 4 petang, Sabtu hingga Khamis.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected].

Mengenai tiket masuk ke SFV, bermula Oktober 2022 harga tiket bagi pelancong domestik ialah RM15 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala dewasa (RM20).

Sementara pelancong antarabangsa pula untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, dewasa (RM40).


Pengarang :