Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 11 MAC: Empat daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan empat daerah berkenaan ialah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah Perak dan Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum agensi itu.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :