Poster kursus Usahawan Night Green Baazar Petaling Jaya. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

Kursus percuma perkenal konsep hijau untuk peniaga pasar malam

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan kursus keusahawanan percuma untuk peniaga pasar malam di kawasan pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kursus Usahawan Night Green Baazar Petaling Jaya itu akan diadakan pada 10 Mei depan di lokasi yang akan diberitahu kemudian.

Menurutnya kursus ini dianjurkan bertujuan memperkenalkan dan mengadaptasi konsep hijau dalam kalangan peniaga pasar malam di lokasi perniagaan mereka.

“Terdapat tiga modul kursus akan dipelajari peserta iaitu asas keusahawanan, pengenalan gig ekonomi dan teknik pemasaran melalui media sosial.

“Antara topik yang akan dikupas dalam modul tersebut ialah pengenalan konsep ‘Go Green’, ke arah pendigitalan pasar malam dan pembelian tanpa tunai,” maklum MBPJ melalui Facebook.

Menurut MBPJ kesemua peserta berpeluang memenangi Anugerah Night Green Bazaar Petaling Jaya yang akan diadakan pada 8 Disember nanti.

Peniaga yang berminat menyertai kursus boleh mendaftar melalui QR kod di poster kursus atau menghubungi talian 03-7954 1560 atau 1548 sambungan 109 untuk pertanyaan lanjut.


Pengarang :