EXCO Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han dan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin bergambar bersama penduduk dalam program Sweat It Out di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 5 Mac 2023. Foto Ng Sze Han
EXCOSELANGOR

Lebih 600 penduduk sertai program Sweat It Out, promosi gaya hidup sihat

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 MAC: Lebih 600 penduduk sekitar Bandar Kinrara menyertai program Sweat It Out di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pagi tadi.

Program sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac dirasmikan EXCO Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata program dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Sayangi Kinrara dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ).

“Kita bersama NGO Sayangi Kinrara dan pihak MBSJ bekerjasama mengumpulkan lebih 600 orang penduduk di Kinrara untuk bersenam mengikut kumpulan masing-masing di Taman Rekreasi Wawasan yang luas ini.

“Ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Kita perlu lebih banyak program seperti ini agar rakyat dapat kurangkan stres dan jalani hidup lebih ceria,” katanya dalam kenyataan.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han dan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin bergambar bersama penduduk yang bermain woodball dalam program Sweat It Out di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 5 Mac 2023. Foto Ng Sze Han

Turut hadir Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Ahli Majlis MBSJ Zon 16 George Yap.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah zumba, woodball, pemeriksaan kesihatan dan soal selidik kesihatan mental selain kaunter pendaftaran program Perkeso dan Skim Air Darul Ehsan.


Pengarang :