Pasukan Selangor dan JDT ketika beraksi pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 17 Mac 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: JDT tewaskan Selangor FC 4-0

SHAH ALAM, 17 MAC: Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Selangor dengan 0-4 dalam saingan Liga Super malam ini.

Pasukan Harimau Selatan itu memperoleh gol melalui jaringan Juan Muniz pada minit ke-55, Diogo Luis Santo (minit 55) dan Fernando Forestieri (minit 77 dan 82).

Keputusan itu jelas memberi ‘luka berganda’ kerana Red Giants bukan sahaja terlepas tiga mata namun rekod tanpa kalah Tan Cheng Hoe dalam Liga Super juga turut berakhir, lapor Berita Harian.

JCT pula terus unggul dengan kemenangan bersih – lima kemenangan daripada lima perlawanan Liga Super.


Pengarang :