SHAH ALAM, 23 MAC: Aktiviti pengambilan dan pengorekan pasir berlesen di negeri ini dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak berlaku pencemaran sungai.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan langkah kawalan tersebut diambil bagi memastikan syarat kebenaran bertulis yang dikeluarkan pihaknya dipatuhi manakala aktiviti dijalankan tidak memberi impak kepada sumber air.
“Aktiviti pengambilan atau pengorekkan pasir berpotensi menjejaskan alam sekitar sekiranya tidak dikawal. Ianya berpotensi untuk menyebabkan pencemaran air sungai, mengganggu kestabilan tanah (tebing sungai rebak, mendapan tanah) dan memberi gangguan kepada hidupan akuatik.
“Aktiviti pengambilan dan pengorekkan pasir ini dikawal oleh LUAS melalui Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013,” maklum agensi tersebut di Facebook.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/03/lua-500x375.jpg)