Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) Yusmizan Md Yusof menyerahkan kotak makanan kepada wakil keluarga asnaf di Masjid Asy-Syarif, Meru pada 12 Mac 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS agih 90 kotak makanan, serah sumbangan tunai kepada surau dan masjid sekitar Meru

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak 90 kotak makanan kepada keluarga asnaf sekitar Meru di Karnival Pendakwah Selangor 2023 dekat Masjid Asy-Syarif, Meru pada Ahad.

Agensi itu menerusi Facebook berkata pihaknya turut menyerahkan sumbangan tunai kepada beberapa surau dan masjid sekitar Meru pada majlis sama.

“Sebanyak RM75,000 diberi kepada Surau Samsul Alam, Meru untuk membaik pulih bumbung yang rosak akibat kejadian ribut sebelum ini.

“Surau Al Falah Batu 8, Bukit Kapar pula menerima sumbangan RM49,500 bagi menampung kos pemasangan karpet dan Masjid Asy-Syarif menerima RM5,000 bagi pelaksanaan program penerapan nilai Islam,” katanya.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Yusmizan Md Yusof.

Turut diadakan ialah Forum Perdana, Forum Dhuha, Kaunter Zakat On Wheel dan pertandingan memancing.


Pengarang :