Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagih bantuan kepada asnaf seluruh Selangor bagi membantu membuat persiapan menyambut Ramadan dan Syawal pada 29 Mac 2022. Foto Facebook LZS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LZS agih lebih RM30 juta bantu asnaf sambut Ramadan, Syawal

SHAH ALAM, 29 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagih bantuan RM30.1 juta kepada 64,819 keluarga asnaf sebagai persiapan Ramadan dan Syawal.

Agihan yang bermula 21 Mac lalu membabitkan 18,550 penerima asnaf fakir, miskin (41,770) dan mualaf (4,499).

“Setiap penerima mendapat bantuan zakat antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga.

“Bantuan mula disalur sama ada melalui pembayaran yang dikreditkan ke akaun bank penerima atau menggunakan kaedah baucar tunai mahupun serahan tunai,” katanya di Facebook.

LZS memaklumkan daerah Petaling mencatatkan jumlah agihan tertinggi melibatkan RM5,593,750 kepada 11,799 asnaf.

Penerima yang layak dimaklum melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat atau membuat semakan secara dalam talian di pautan http://ezo.zakatselangor.com.my


Pengarang :