Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima kunjungan hormat delegasi Badan Amil Zakat Nasional, Kabupaten Padang Pariaman, Indonesia pada 10 Mac 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS dikunjungi delegasi Indonesia, bincang perkasa kutipan, agihan zakat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 13 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima kunjungan hormat Badan Amil Zakat Nasional, Kabupaten Padang Pariaman, Indonesia Jumaat lalu.

Agensi tersebut memaklumkan lawatan itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai pengurusan kutipan dan agihan zakat yang dilaksana pihaknya.

“Menerusi lawatan ini kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai pengurusan zakat.

“Para delegasi turut dibawa melawat ke kaunter LZS bagi melihat sendiri operasi kutipan dan agihan zakat,” katanya menerusi Facebook.

Delegasi 13 pegawai itu diketuai Ketua Badan Amil Zakat Nasional, Dr Rahmat Tk Sulaiman yang disambut Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun dan Ketua Jabatan Profilan dan Pengurusan Data Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Muhamad Rizal Jalil.


Pengarang :