Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjalankan proses semakan asnaf di Klang membabitkan 188 keluarga di Kampung Sungai Kandis pada 1 Mac 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS semak, kemas kini maklumat asnaf bagi pastikan bantuan memenuhi keperluan

SHAH ALAM, 1 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan jelajah program semakan asnaf di Klang melibatkan 188 keluarga Kampung Sungai Kandis hari ini.

Menurut agensi itu program siri enam yang berlangsung di Masjid Al Muhsinin itu bertujuan memastikan bantuan zakat diterima tepat dan memenuhi keperluan penerima.

“Keluarga asnaf serta kariah berdekatan disantuni melalui aktiviti semakan dan kemas kini maklumat mereka.

“Program ini merupakan kolaborasi LZS Klang dengan jawatan kuasa Masjid Al Muhsinin Kampung Sungai Kandis. InsyaAllah program mendekati asnaf akan diteruskan sekitar daerah ini,” katanya di Facebook.

Januari lalu LZS turut menjalankan aktiviti sama membabitkan 100 keluarga di Kampung Sungai Serdang, Kapar.

Majlis pengurusan komuniti kampung juga mengemas kini maklumat asnaf berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE).


Pengarang :