Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) berkenan menyaksikan upacara penyerahan sumbangan Ihya’ Ramadan masjid dan surau Selangor berjumlah RM2.414 juta daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shazihan Ahmad sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LZS serah RM2 juta, bantu 1,997 masjid, surau jaya program imarah sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 24 MAC: Sebanyak 1,997 institusi Islam negeri ini menerima sumbangan RM2.414 juta bagi menjayakan aktiviti pengimarahan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Sumbangan Ihya’ Ramadan diserahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shazihan Ahmad sambil disaksikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Menurut kenyataan LZS, jumlah sumbangan meliputi agihan sebanyak RM2,000 kepada 417 masjid manakala RM1,000 untuk 1,580 surau.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek berjumlah RM2.316 juta sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM10.153 juta daripada lima syarikat korporat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Worldwide Holding Berhad.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 493 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Petaling berjumlah RM246,500.

Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih bersama-sama.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf daerah Petaling sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :