Delegasi pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerah cenderahati kepada pengurusan Tahfiz Baitul Hikmah dalam lawatan ke Penjara Penor, Kuantan pada 22 Mac 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais lawat Penjara Penor, belajar cara kendali kelas al-Quran

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 24 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengadakan lawatan ke Penjara Penor, Kuantan kelmarin dalam usaha meneruskan pembelajaran al-Quran ke peringkat tahfiz di penjara.

Lawatan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bagi melihat pengendalian kelas tahfiz al-Quran di situ untuk dilaksanakan di institusi penjara di Selangor.

“Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas berkaitan pengurusan Tahfiz Baitul Hikmah, Penjara Penor.

“Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama erat antara Mais dengan Jabatan Penjara Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Delegasi 20 pegawai diketuai Pengarah Pembangunan Sosial Mais Suhaimi Ismail mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

 


Pengarang :