Selangor Fruits Valley di Bestari Jaya menyediakan pelbagai daya tarikan kepada pengunjung yang ingin menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran tempatan. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Matta: Pavilion Selangor tawar aktiviti interaktif, kembara lokasi menarik

SHAH ALAM, 15 MAC: Tourism Selangor membawa tema “Pusing Selangor Dulu Travel Trail” sempena Pameran Matta di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) mulai 17 Mac.

Agensi pelancongan itu memaklumkan pameran selama tiga hari sehingga 19 Mac menampilkan produk pelancongan yang berpotensi untuk dipromosi dalam negara dan dibawa ke peringkat antarabangsa.

“Tourism Selangor kali ini akan terus mempromosi tarikan di Selangor melalui kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” bersama rakan strategik Gamuda Land.

“Turut dipamerkan ialah pengalaman mengembara di Pavilion Selangor melalui aktiviti interaktif seperti menaiki trak safari, demonstrasi pembuatan coklat serta pameran kayak,” katanya dalam kenyataan.

Produk pelancongan utama lain yang terlibat ialah Muzium Coklat, Hotel Eastin, Jumpstreet Asia, Cyberview Resort & Spa, Go Selangor, Park Inn by Radisson Putrajaya dan Wet World Shah Alam.

Turut terlibat ialah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Farm in the City, Selangor Fruit Valley, G2G Animal Garden, Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Sky Mirror.

Menurut Tourism Selangor, pengunjung juga berpeluang mendapatkan baucar pelancongan sehingga RM2,000 melalui peraduan TikTok Pavilion Selangor.

Pameran Matta tahun ini dijangka menjadi penganjuran terbesar berdasarkan saiz lokasi sejak pandemik Covid-19 dengan sasaran jualan sebanyak RM400 juta.


Pengarang :