Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR
SEPANG, 11 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni penduduk sekitar Sepang dengan bersarapan di Restoran Dapur Kampung, Taman Putra Perdana di sini pagi ini.
Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Dato’ Seri Amirudin Shari memilih menikmati nasi lemak sambal sotong iaitu menu popular di kedai berkenaan.
Beliau yang diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain sempat beramah mesra dan bertanya khabar pengunjung di situ.

Amirudin turut memenuhi permintaan pengunjung yang teruja mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.
Terdahulu, beliau menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Putra Perdana.