GOMBAK, 29 MAC: Dato’ Menteri Besar berbuka puasa bersama kira-kira 500 kakitangan agensi kerajaan Gombak di Dewan Beringin Taman Seri Gombak di sini hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari turut menghulurkan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada beberapa agensi antaranya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Gombak, Kelab Polis Gombak dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Gombak.

Beliau turut menyerahkan bakul makanan Aidilfitri sumbangan Yayasan Petronas kepada 150 asnaf sekitar daerah selain menyampaikan bantuan kemasyarakatan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada mangsa kebakaran S Kathir Vellu.
Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penjawat.
Dalam majlis sama wakil rakyat Sungai Tua juga merasmikan program Selangor Bertadabbur 5.0 anjuran Asatizah Selangor.