Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri ) menikmati makan tengah hari di Medan Selara Sri Serdang di Seri Kembangan pada 3 Mac 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB iringi PM nikmati nasi campur sebelum solat Jumaat di Serdang

SUBANG JAYA, 3 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati makan tengah hari di medan selera Sri Serdang di sini, hari ini.

Beliau yang diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 1.05 tengah hari dan memilih untuk menikmati menu nasi campur sebelum menunaikan solat Jumaat.

Antara juadah yang dihidangkan termasuk terung goreng berlada, udang sambal petai, ayam goreng berempah, sayur pucuk paku masak lemak cili api, sayur kobis masak lemak putih dan sup tulang.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu disambut meriah oleh pengunjung yang teruja mahu bergambar, beramah mesra dan bersalaman dengannya.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Mohd Zulkurnain Che Ali dan Ahli Dewan (ADN) Negeri Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.

Perdana menteri dan Dato’ Menteri Besar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini bersama kira-kira 3,000 jemaah diimamkan petugas Pusat Islam UPM, Ustaz Amir Ikmal Khairul Anuar.

Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Ajaran Sempurna, Anak-Anak Terpelihara’ yang disampaikan oleh khatib bertugas dari Pusat Islam UPM Mohd Hafiz Ghazali.


Pengarang :