Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari membahas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB mohon naik taraf Jalan Gombak-Bentong, atasi isu kesesakan, tingkat aspek keselamatan

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ahli Parlimen Gombak memohon supaya Jalan Gombak ke Pahang menerusi Bentong dinaik taraf bagi mengatasi masalah kesesakan.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar berkata jalan lama yang wujud sejak 1915 merupakan laluan alternatif kepada kenderaan berat khususnya waktu pagi dan malam.

“Saya harap Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kerja Raya dapat tumpukan naik taraf jalan tersebut,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 di Parlimen, hari ini.

Amirudin menambah, naik taraf jalan tersebut dapat meningkatkan mobiliti antara Selangor dan Pahang selain bantu perkembangan ekonomi dan keselamatan pengguna jalan berkenaan.

“Jalan ini juga menjadi perhatian (pilihan) kepada penunggang basikal. Demi keselamatan dan keselesaan, saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan,” katanya.

 


Pengarang :